Cari @ Amanz

Jika sebelum ini kami ada berkongsi mengenai ketersediaan Amazfit GTS 2e dan GTR 2e untuk pasaran tempatan. Kini, satu lagi peranti boleh pakai daripada Amazfit telah mula dijual di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Amazfit GTS 2 Mini – sekaligus menjawab persoalan berkaitan poster acah yang dikongsi sebelum ini.

Bagi yang berminat, Amazfit GTS2 Mini ditawarkan pada harga RM399 untuk seunit dan tersedia dalam tiga pilihan warna berbeza seperti Midnight Black, Sage Green dan Flamingo Pink. Ia ditawarkan secara eksklusif di Shopee bermula sekarang dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan waranti selama satu tahun. Amazfit bagaimanapun memaklumkan, ketersediaan unit adalah terhad.

Untuk spesifikasi, Amazfit GTS 2 Mini mempunyai rekaan berkotak yang sama seperti pendahulunya tetapi binaan adalah lebih nipis. Seterusnya, ia dilengkapi skrin 1.55-inci AMOLED (354 x 306 piksel), tubuh yang diperbuat daripada bahan aluminium dan bateri sebesar 220mAh.

Ia juga menawarkan rintangan air sehingga 5ATM, mempunyai 70 mod sukan berbeza dan sejumlah lagi sensor penjejak kesihatan. Spesifikasi lain termasuk bluetooth 5.0 BLE, GPS + GLONASS, kawalan muzik dan kamera, NFC dan juga pembantu maya Xiao AI.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd