Cari @ Amanz

OnePlus 8 Pro adalah peranti yang akhirnya lengkap sebagai satu peranti mercu sebenar seperti pesaing. Sudah lama peminat nantikan sokongan pengecasan nirwayar dan perlindungan IP68, peranti ini merealisasikan idaman peminat setia OnePlus.

Tahun ini pada bulan Mac, OnePlus akan melancarkan siri peranti OnePlus 9. Terkini, Max Jambor iaitu seorang peniris yang terkenal menyatakan – OnePlus 9 turut akan menyokong pengecasan nirwayar. Tidak seperti OnePlus 8 yang bergantung kepada pengecasan berwayar sahaja. Tetapi, kuasa pengecasan tidak diketahui – mungkin terhad kepada 30W sahaja agar aksesori tahun lepas sedia digunakan semula.

OnePlus 9 Pro pula lebih hebat, kali ini ia dikatakan akan menyokong pengecasan pantas nirwayar 45W pula. Ini adalah satu peningkatan besar dan jelas di sini, OnePlus turut berfikir mengenai inovasi teknologi pengecasan. Kita mungkin akan lihat aksesori pengecasan nirwayar baharu dilancarkan, mungkin OnePlus Warp Charge 45 Wireless Charger pula. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd