Seperti yang kami ramalkan, tahun 2021 adalah tahun peranti berhubung semakin mudah digunakan dan semakin mudah untuk ditetapkan. Kita besar kemungkinan akan mula melihat produk-produk yang menggunakan piawaian yang sama – Project Connected Home Over IP.

Terkini, satu peranti berhubung dari Google telah disenaraikan menyokong sambungan Zigbee ini. Bukan itu sahaja, peranti ini turut disenaraikan untuk menyokong Soli – iaitu sensor radar yang diperkenalkan pada Google Pixel 4. Seperti yang Google janji tahun lepas, selepas Pixel 5 akan ada lebih banyak peranti hadir dengan sensor Soli. Termostat terbaru Google adalah yang pertama selepas Pixel 4, hadir dengan sensor ini.
Selain daripada menyokong Zigbee dan mempunyai sensor Soli, peranti ini dilihat tidak mempunyai bateri dan bergantung kepada kuasa 14V untuk berfungsi. Ini mungkin adalah produk seperti Nest Hub yang mana bukan mudah alih. Sumber menyatakan jika ia bukan produk seperti Google Home, ia mungkin adalah salah satu barangan Nest. Google Home Hub Max sudah pun dihentikan penjualan dan penghasilan, mungkin ini adalah pengganti? Sama-sama kita nantikan.