ASUS bakal memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka di sebuah acara pada 12 Januari 2021 kelak. Hari ini, syarikat teknologi dari Taiwan tersebut telah memperlihatkan sebuah video acah mengenai siri komputer riba gaming ASUS TUF (The Ultimate Force) mereka yang akan diperkenalkan kelak.

Dari video tersebut, ia dapat dilihat bahawa siri komputer riba terbaru ini, walaupun ia mengekalkan warna peraknya, hadir dengan logo yang lebih moden, dan mempunyai rekaan yang dikatakan lebih nipis dan ringan berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini.

Lebih menarik lagi, komputer riba ASUS TUF baru ini juga nampaknya akan hadir dengan sistem penyejukan CPU dan GPU yang baru, yang diharap akan membuatkannya lebih sejuk berbanding dengan apa yang digunakan pada komputer riba tersebut sebelum ini.

Tiada butiran yang diberitahu mengenai komponen-komponen yang akan digunakan didalam komputer riba ini, tetapi ia dijangka akan dikuasakan oleh CPU Intel dan AMD terbaru, bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 untuk komputer riba yang akan diperlihatkan tidak lama lagi.