Cari @ Amanz

Instagram Sedang Menguji Rekaan Baru Untuk Stories Melalui Laman Web

Oleh Nazrin

Link Copied!

Platform media sosial bergambar Instagram ialah sebuah perkhidmatan yang biasanya ditatal menggunakan peranti pintar, tetapi terdapat juga sejumlah pengguna yang melayarinya melalui komputer riba ataupun tablet.

Rekaan laman web Instagram untuk platform tersebut tidaklah sekemas aplikasi mereka, tetapi Instagram telah melakukan beberapa perubahan dari segi rekaan dan kemudahan untuk melayarinya.

Terkini, ia dilihat bahawa Instagram sedang menguji cara menatal ciri Insta Stories yang baru khusus untuk pelayar web desktop. Rekaan Stories untuk desktop diubah daripada tiruan Stories untuk peranti, dan akan berubah menjadi rekaan carousel.

Rekaan baru ini masih lagi hadir untuk sejumlah kecil pengguna sahaja, dan buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan kepada pengguna-pengguna lain.


Komen ()