MySejahtera Akan Memperkenalkan Ciri Pendaftaran Pengambilan Vaksin COVID-19

MySejahtera Akan Memperkenalkan Ciri Pendaftaran Pengambilan Vaksin COVID-19

Diterbitkan pada Jan 5, 2021 oleh .

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa kerajaan telah membelanjakan wang sebanyak RM2.05 bilion untuk vaksin COVID-19 daripada beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa.

Vaksin tersebut dijangka akan diuji dalam masa terdekat, dan akan boleh digunakan untuk mengimunisasi rakyat Malaysia tidak lama selepas itu.

Terkini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengatakan bahawa pengambilan vaksin ini adalah sukarela, dan kerajaan akan menambahkan ciri pendaftaran vaksinasi kepada aplikasi pengesanan kontak MySejahtera untuk memudahkan proses tersebut untuk orang ramai.

Dalam pada itu, beliau juga berkata kerajaan melalui badan-badan berkaitan akan menjejak keberkesanan vaksin ini, dan melihat jika terdapat sebarang kesan sampingan yang negatif sepanjang penggunaannya untuk beberapa tahun.

Selain daripada ciri pendaftaran minat untuk mengambil vaksinasi ini, rakyat Malaysia juga boleh melaporkan tentang apa-apa kesan sampingan yang terjadi kepada mereka akibat pengambilan vaksin ini melalui aplikasi MySejahtera.



Paling Popular