Cari @ Amanz

Dalam memudahkan pengguna mengikuti pelbagai info semasa berkaitan kawasan yang dinaiki air atau banjir, pihak kerajaan menyediakan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai MyPublicInfoBanjir.

Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone. Melaluinya, ia menyediakan data yang sangat spesifik berkaitan banjir, dan taburan air disesuatu lokasi.

Pengguna turut boleh mengikuti sejumlah data telemetri melaluinya, dan memudahkan perancangan perjalanan, atau mengetahui info semasa berkaitan apa yang berlaku berkaitan taburan air di seluruh Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi MyPublicInfoBanjir ini di Android dan iPhone, sekaligus mengikuti info semasa berkaitan situasi hujan dan aras air sungai secara masa-nyata.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd