Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini mengumumkan Cristiano Amon dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat menggantikan Steve Mollenkopf yang akan bersara. Secara rasminya Amon akan memulakan tugas sebagai ketua pegawai eksekutif bermula 30 Jun 2021. Steve Mollenkopf mengundur selepas bertugas di Qualcomm selama 26 tahun dan memang jawatan ketua pegawai eksekutif sejak 2014.

Bagi mereka yang kerap melihat acara pelancaran produk Qualcomm, Amon ialah insan yang pasti dikenali kerana akan melakukan pembentangan di atas pentas. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai presiden syarikat. Mollenkopf pula tertanggung jawab menjadikan Qualcomm syarikat pengeluar cip peranti mudah alih ternama dunia yanhg mempelopori pelbagai teknologi seluar 3G, 4G dan 5G. Selain itu beliau juga mengemudi syarikat ke dalam arena peranti boleh hubung, teknologi RF dan kenderaan swapandu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd