Cari @ Amanz

Apple melalui pengenalan iPhone 12 telah mula memfokuskan kepada pengecasan secara nirwayar. Untuk tujuan berkenaan, mereka menggunakan penjenamaan MagSafe. Menariknya, terdapat desas-desus mengatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone tanpa sebarang port pada tahun ini dalam lebih mempopularkan kaedah pengecasan nirwayar ini.

Disamping itu, kini Apple juga turut telah mendaftarkan paten untuk kebolehan mengecas iPhone, iPad dan Apple Watch secara nirwayar melalui MacBook.

Dengan langkah ini, kelak anda boleh mengecas MacBook menggunakan kabel USB-C, dan menggunakan MacBook berkenaan untuk mengecas iPhone dan Apple Watch anda.

Buat masa ini, ia hanya sekadar pemfailan paten sahaja, tetapi tidak mustahil kita melihat ia diimplementasikan untuk kegunaan dunia nyata pada masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd