Cari @ Amanz

Samsung telah menjadualkan acara pelancaran untuk pengenalan Samsung Galaxy M02s di India pada 7 Januari 2021. Ia bagaimanapun, didapati telah dilancarkan lebih awal di Nepal – sekaligus mendedahkan keseluruhan spesifikasi pada peranti. Difahamkan, peranti pintar ini telah ditemui menerusi kedai atas talian rasmi Samsung di laman e-dagang, Daraz.com.

Untuk spesifikasi secara khusus, Samsung Galaxy M02s hadir dengan paparan bersaiz 6.5-inci TFT dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 450, GPU Adreno 506, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W.

Sistem tri-kamera utamanya di sini terdiri dengan konfigurasi 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah GPS, 4G LTE, dual-SIM, Wi-Fi b/g/n/ac, Bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm dan port sambungan USB-C. Harga jualan untuk Samsung Galaxy M02s adalah Rs.15,999 iaitu sekitar ~RM877 untuk seunit.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd