Cari @ Amanz

Selain Celcom, Umobile juga kini diihat telah mula menawarkan pelan khusus untuk pelajar SPM dan STPM. Ia telah bermula hari ini sehingga 30 April 2021 dan penawaran harganya juga masih sama iaitu RM20/sebulan untuk kuota data sebanyak 15GB.

Terma dan syarat pakej ini adalah ia terbuka kepada semua pelajar SPM atau STPM yang lahir antara 2001 sehingga 2004 dan ia boleh dilanggan melalui dua cara berbeza – iaitu menerusi aplikasi MyUMobile atau UMB. Untuk memudahkan semua, berikut kami sertakan cara untuk mendaftar :

1) Menerusi aplikasi MyUMobile

  • Muat turun aplikasi MyUmobile menerusi Google Play, App Store atau AppGallery
  • Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu, kemudian pilih ‘Adds-On’
  • Pilih ‘Pakej Data SPM/STPM’
  • Sahkan pembelian anda

2) Menerusi UMB

  • Dail *118*3*12#
  • Sahkan pembelian anda

Dalam perkembangan berbeza, UMobile turut hadir dengan penawaran data tambahan sebanyak 10GB untuk dua minggu dengan hanya RM5 sahaja. Data ini boleh dilanggan melalui aplikasi MyUMobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd