Cari @ Amanz

JOI Book SK3000 Dengan Snapdragon 850 Kini Sudah Boleh Dibeli Pada Harga RM2199

Link Copied!

SNS Network Sdn. Bhd hari ini mengumumkan bahawa JOI Book SK3000 iaitu produk pertama hasil kerjasama mereka dengan Qualcomm sudah boleh dibeli bermula hari ini. Ia ditawarkan pada harga RM2,199 dan setiap pembelian akan didatangkan dengan sejumlah hadiah secara percuma termasuk perisian Microsoft 365 Personal (ESD) dan beg eksklusif Joi. Ia bagaimanapun, hanya terhad untuk 200 pembeli terawal sahaja.

Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi sejumlah platform berbeza termasuk laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Sebagai alternatif lain, ia juga boleh didapati menerusi laman web rasmi SNS Network, GLOO dan JOI atau pengedar sah rasmi mereka.

JOI Book SK3000 dikatakan sesuai untuk penggunaan penyuntingan dokumen, pelayaran web dan aktiviti tugasan ringan. Untuk spesifikasi, JOI Book SK300 hadir dengan paparan berukuran 12.5-inci FHD (1920 x 1080) IPS , menggunakan cip Snapdragon 850, dilengkapi sokongan grafik Qualcomm A63, memori 4GB RAM dan storan 128GB SSD. Ia juga mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 10 jam, dikuasai sistem operasi Windows 10 Pro dan pengguna boleh menikmati sokongan 4G LTE menerusi penggunaan nano-SIM.


Komen ()