Carian
Bose Sport Open Earbuds Dilancarkan Dengan Rekaan Terbuka Yang Unik
January 6, 2021 Effi Saharudin

Majoriti fon telinga TWS di pasaran sekarang adalah dari jenis dalam telinga yang menyebabkan ia terasa seperti tersumbat sehingga kurang selesa untuk digunakan untuk masa yang lama. Bagi mereka yang bersukan pula, jenis dalam telinga ini turut berbahaya kerana pengguna mungkin tidak dapat mendengar bunyi kenderaan di persekitaran. Bose Sport Open Eearbuds ialah fon telinga yang dilancarkan khusus untuk menyelesaikan masalah ini.

Ia adalah dari jenis terbuka dan dicangkuk di belakang telinga pemakai. Kerana rekaan ini, lubang telinga pemakai tidak tersumbat ataupun terhalang. Muzik masih boleh didengari menerusi dua pemandu audio sebesar 16mm. Fon telinga menyokong tambatan bluetooth 5.1 dengan sistem mengurangkan hingar ketika menggunakan mikrofon untuk panggilan suara.

Terdapat butang kawalan fizikal pada putik audio kanan dan butang kawalan menyeru pembantu maya pada putik kiri. Akhir sekali port Spot Open Eearbuds boleh beroperasi sehingga lapan jam dengan sekali caj, melepasi piawaian IPX4 dan hadir dengan pod simpanan merangkap pengecasnya sendiri. Di Amerika Syarikat sepang Bose Sport Open Earbud dijual pada harga $199.95 (~RM803) sepasang.

Komen