Fungsi “People Nearby” Telegram Mendedahkan Lokasi Sebenar Pengguna

Diterbitkan pada Jan 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram adalah aplikasi permesejan yang menarik dan padat dengan fungsi dan ciri hebat. Banyak fungsi dalam Telegram sudah ditiru dan ditawarkan oleh WhatsApp, tetapi orang ramai masih memilih WhatsApp berbanding Telegram.

Telegram turut mempunyai fungsi People Nearby, yang mana memaparkan jarak lokasi pengguna lain dalam kawasan yang terdekat. Misalnya, nama anda adalah Ali dan Abu ada berdekatan dengan anda – Telegram akan paparkan yang Abu berada 100m dari anda (contoh). Fungsi ini membolehkan pengguna menyertai kumpulan atau agenda di kawasan terdekat.

Tetapi, fungsi ini boleh disalahgunakan. Pengguna yang tidak bertanggungjawab boleh menyasarkan pengguna yang ingin diintip. Hanya perlu gunakan aplikasi menipu lokasi seperti Fake GPS Location atau dengan berjalan ke tiga lokasi berbeza untuk melihat koordinat dan jarak pengguna dalam People Nearby. Kenudian gunakan Google Earth Pro untuk masukkan tiga koordinat lokasi ini dan lokasi sebenar pengguna yang tepat boleh ditemui.

Menurut Telegram, perkara ini bukannya pepijat ataupun kerentanan sekuriti. Sebaliknya hanyalah satu ciri dan ia bergantung kepada pengguna bagaimanakah fungsi ini digunakan. Jika anda takut dan risau, jangan berikan kebenaran lokasi kepada aplikasi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami