Industri kosmetik diramalkan mecapai nilai $800 bilion setahun menjelang 2023. Maka tidak mengejutkan di Malaysia sahaja terdapat ramai usahawan kosmetik yang kini bergelar jutawan. Dengan pasaran semakin sengit produk unik yang dapat menarik pelanggan perlu dihasilkan. Mesin Lip Factory telah diperlihatkan dan ini menghasilkan gincu selepas menganalisa wajah pelanggan.
Mesin ini mampu menghasilkan sehingga 2000 warna gincu . Sebelum ini dilakukan, swafoto pelanggan diambil menerusi aplikasi Color Tailor. Lip Factory kemudian menganalisa wajah pelanggan sebelum algoritma mencadangkan tona gincu yang paling sesuai.
Seperti kebanyakan teknologi kosmetik terkini, Lip Factory dibangunkan oleh firma Amorepacific yang berpangkalan di Korea Selatan. Ia masih belum boleh dibeli tetapi setakat telah diuji dengan jayanya di negara tersebut sejak Ogos lalu. Amorepacific berharap Lip Factory akan ditawarkan kepada perniagaan yang ingin menawarkan gincu yang direka khusus untuk setiap pelanggan di masa hadapan. Lip Factory telah memenangi anugerah inivasi di CES 2021 yang akan berlangsung minggu hadapan.