Carian
Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Cip A14X Untuk iPad Pro Dan Panel Mini-LED Mungkin Tunda
January 6, 2021 Fahim Zahar

Tahun ini, Apple dilaporkan akan mula memperkenalkan produk dengan skrin mini-LED. Mini-LED adalah pengganti LCD, yang mana mempunyai penggunaan kuasa yang lebih jimat, kontras warna lebih baik dan juga paparan warna yang lebih jelas. Kos mini-LED juga mahal kerana permintaan masih rendah.

Tetapi dengan Apple yang mula menggunakan skrin ini, jenama lain pasti akan mengikut trend dan secara tidak langsung permintaan akan meningkat dan kos akan menjadi semakin rendah. Pada awalnya, Apple dilaporkan akan memperkenalkan produk dengan skrin ini pada suku pertama tahun ini. Tetapi laporan dari ITHome, menyatakan yang disebabkan Covid-19 pembuatan panel ini tunda. Disebabkan ia tunda, Apple juga lambat untuk meluluskan panel ini dan pelancaran produk mini-LED Apple mungkin lebih lewat dari rancangan asal.

Laporan menyatakan yang panel mini-LED hanya akan bersedia pada suku kedua tahun 2021 sehingga suku ketiga. Tetapi suku pertama tahun ini, panel ini dan komponen mini-LED akan mula diedarkan. iPad Pro dengan mini-LED ini dikatakan akan dijana dengan cip Apple A14X dan dipadankan dengan memori 6GB RAM serta cip modem 5G Qualcomm X55.

Komen