Nilai Bitcoin Meningkat Lagi – Kini Melangkaui RM140,000

Nilai Bitcoin Meningkat Lagi – Kini Melangkaui RM140,000

Diterbitkan pada Jan 6, 2021 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa nilai kriptowang Bitcoin telah meningkat melangkaui RM100,000. Tidak sampai seminggu kemudian, walaupun nilainya naik dan turun dengan banyak, ia kini dilihat bahawa nilai satu Bitcoin telah melangkaui $35,000 ataupun RM140,000.

Menurut Reuters, nilai Bitcoin dilihat pada nilai $35,879 di pasaran Asia pada hari ini, yang memperlihatkan nilainya melonjak setinggi 800 peratus sejak bulan Mac yang lalu, dimana ia mencecah $20,000 untuk pertama kalinya.

Ia dijangka bahawa nilai Bitcoin akan terus meningkat lagi pada tahun ini, mengekalkan posisinya sebagai kriptowang yang paling bernilai di dunia.



Paling Popular