OnePlus sedia hadir dengan penawaran untuk OnePlus Buds Z untuk pasaran tempatan. Fon telinga ini dijual pada harga RM229 untuk seunit dan tersedia dalam satu kemasan warna iaitu putih. Kini, OnePlus dilihat dalam perancangan untuk menawarkan satu lagi pilihan warna baharu untuk fon telinga ini bagi pengguna di Malaysia.
Meskipun, cuba berteka-teki mengenai perkara berkenaan. Tetapi, poster acah yang dikongsi jelas memperlihatkan ia adalah edisi istimewa untuk OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition. Melaluinya juga, kita boleh lihat pelancaran rasmi untuk fon telinga ini dijadualkan berlangsung esok – iaitu 7 Januari 2021.
Untuk makluman, OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition sebelum ini telah sedia diperkenalkan di beberapa pasaran luar. Spesifikasi dalaman dikatakan masih sama dengan versi standard. Cuma bezanya, ia hadir dengan kemasan luaran lebih menarik hasil kerjasama OnePlus bersama pereka dan artis dari Los Angeles, Steven Harrington.
Buat masa ini, penawaran harga untuk pasaran tempatan masih belum diketahui. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.