Facebook Pages merupakan halaman pada Facebook yang digunakan oleh organisasi, selebriti, jenama dan sebagainya yang diikuti oleh orang ramai untuk mendapatkan perkembangan. Terbaru, hari ini Facebook mengumumkan kemaskini untuk Pages ini.
Kini, melalui kemaskini baru, Facebook membuat perubahan drastik dengan membuang angka “Likes”, sebaliknya hanya memaparkan angka “Followers” sahaja. Dengan perubahan ini, Facebook mengatakan ia memberikan paparan yang lebih baik berkenaan pengikut sesuatu halaman berkenaan.
Disamping itu, kini Facebook turut menambah ciri menambah soal-jawab, selain turut menyediakan “News Feed” khusus untuk memudahkan Pages berinteraksi dengan yang lain.
Perubahan baru pada Facebook Pages ini bakal diperkenalkan secara berperingkat, dan kita akan dapat melihat perubahan ini dalam masa minggu-minggu akan datang.