Samsung hari ini telah mengadakan acara pelancaran produk mereka secara maya, memfokuskan kepada penawaran televisyen. Bercakap mengenai televisyen, Samsung turut memberikan perhatian dalam menjadikan produk mereka lebih mesra alam.
Selari dengannya, kini Samsung memperkenalkan alat kawalan yang dinamakan Eco Remote untuk televisyen Samsung pada tahun 2021 ini.
Alat kawalan ini hadir dengan sokongan pengecasan solar. Melaluinya, ia akan dicas secara automatik menggunakan cahaya dalam rumah, cahaya luar rumah, atau menggunakan USB.
Dengan perubahan ini, ia dijangka akan mengurangkan penggunaan bateri AAA sebanyak sekitar 99 juta bateri dalam tempoh 7 tahun. Apa pun, pada masa yang sama, pengguna turut perlu mengetahui yang mana bateri pada Eco Remote ini dikatakan akan mati dalam tempoh 2 tahun – yang memerlukan anda menukarnya kelak.