Samsung Galaxy A12 Dan Galaxy A02s Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM529

Samsung Galaxy A12 Dan Galaxy A02s Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM529

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Samsung membuka tirai tahun baru dengan membawa masuk dua buah model terkini iaitu Samsung Galaxy A12 dan Samsung Galaxy A02s ke pasaran tempatan. Bagi yang berminat, Samsung Galaxy A02s dijual pada RM529. Sementara, Samsung Galaxy A12 pula berharga RM799. Ia boleh didapati menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian Samsung.

Samsung Galaxy A12 hadir dengan skrin 6.5-inci PLS TFT LCD HD+, dilengkapi cip lapan teras, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Sistem kuad-kamera utamanya terdiri dengan konfigurasi 48-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Samsung Galaxy A02s pula hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD HD+, dilengkapi cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Melengkapinya juga adalah sistem tri-kamera utama iaitu 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel.


Paling Popular