Windows 10 Akan Menerima Hab Setempat Untuk Berita Dan Cuaca Seakan Google Discover

Windows 10 Akan Menerima Hab Setempat Untuk Berita Dan Cuaca Seakan Google Discover

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Antara perkara menarik pada peranti Android yang banyak mengintegrasikan fungsi dari Android asli adalah Google Discover. Google Discover adalah hab setempat untuk melihat berita terkini, cuaca, skor sukan dan banyak lagi. Ia memudahkan pengguna untuk lihat informasi terkini harian dengan pantas tanpa perlu membuat carian.

Beberapa pengeluar peranti Android ada sahaja yang hadir dengan versi alternatif masing-masing dengan memuatkan lebih banyak informasi. Terkini, Microsoft dilihat ingin hadir dengan perkara yang sama untuk Windows 10. Microsoft ingin tawarkan fungsi ini pada Taskbar dan melaluinya ia boleh memaparkan berita harian, informasi saham, cuaca, skor sukan dan pelbagai lagi. Ia dilihat mirip Google Discover, tetapi setiap cards kandungan disusun dalam bentuk Tiles yang dikenali dalam antaramuka Windows 10.

Kandungan di dalam hab setempat ini boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna untuk paparkan maklumat yang diingini sahaja. Kemaskini ini akan diedarkan kepada pengguna Dev Channel terlebih dahulu. Versi kemaskini adalah Build 21286. Tidak pasti berapa lama fungsi ini akan diuji, tetapi memandangkan kemaskini 2021 Sun Valley dilaporkan akan menawarkan perubahan antaramuka. Mungkin ia akan diperkenalkan dalam kemaskini ini? Sama-sama kita nantikan.


Paling Popular