Apple App Store Telah Menjana RM800 Bilion Untuk Pembangun Sejak Ia Dilancarkan Pada 2008

Apple App Store Telah Menjana RM800 Bilion Untuk Pembangun Sejak Ia Dilancarkan Pada 2008

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Aplikasi berbayar dan juga pembelian dalam aplikasi boleh dikatakan satu cara untuk pembangun membuat wang, dan Apple baru-baru ini telah mangatakan bahawa sejak Apple App Store diperkenalkan pada tahun 2008, ia telah menjana pendapatan sebanyak $200 bilion (~RM800 bilion) untuk pihak pembangun.

Mereka juga mengatakan bahawa pada musim cuti tahun 2020, sekitar Krismas dan tahun baru, pengguna peranti Apple telah membelanjakan sebanyak $1.8 bilion (~RM7 bilion) dalam masa seminggu sahaja.

Lebih menarik lagi, 2021 memperlihatkan jumlah perbelanjaan App Store yang tertinggi dalam sehari dimana pengguna peranti iOS membelanjakan sebanyak $540 juta (~RM2.8 bilion) dalam masa sehari sahaja.

Dalam pada itu, perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain seperti Apple Music, Apple TV+, Apple Books dan juga Apple Arcade turut memperlihatkan peningkatan dari segi kandungan dan pengguna yang mendadak.

Apple Music kini digunakan oleh 90 peratus daripada pengguna peranti dengan iOS 14, manakala Apple Books pula mempunyai sekitar 90 juta pengguna aktif setiap bulan.



Paling Popular