Dengan Smart Trainer Televisyen Pintar 2021 Samsung Menjadi Jurulatih Peribadi Di Rumah

Dengan Smart Trainer Televisyen Pintar 2021 Samsung Menjadi Jurulatih Peribadi Di Rumah

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Di zaman pandemik, pergi ke gimnasium masih lagi berisiko dengan beberapa kes telah dilaporkan di Malaysia. Ramai pengguna kini lebih selesa melakukan senaman di rumah tetapi tanpa jurulatih, motivasi untuk melakukan lebih baik mungkin berkurangan. Di acara The First Look pagi tadi, Samsung memperkenalkan ciri Smart Trainer pada televisyen pintar 2021 mereka.

Smart Trainer adalah ciri tambahan kepada aplikasi Samsung Health yang ditawarkan pada televisyen pintar tahun lalu. Pengguna hanya perlu menambah sebuah kamera web dan Smart Trainer akan menjadi jurulatih peribadi di rumah. Pada waktu Samsung menyarankan beberapa model kamera web keluaran Logitech yang serasi untuk digunakan.

Seperti Apple Fitness+, Smart Trainer akan menawarkan video pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah. Ia kemudian menganalisa setiap pergerakan serta postur pengguna bagi memberikan saranan dan galakan untuk memperbaiki senaman mereka. Dengan Smart Trainer, Samsung menawarkan ciri pintar yang kini ditawarkan oleh pelbagai alat senaman pintar yang mula dipasarkan.



Paling Popular