Cari @ Amanz

Dengan iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max, era teknologi LiDAR pada iPhone akhirnya bermula dengan ura-ura ia kelak akan diberikan kepada semua model iPhone 13 tahun ini. Peranti telah lebih tiga bulan dipasarkan dan kini aplikasi terhangat dunia TikTok mula menawarkan kesan khas realiti terimbuh yang memerlukan sensor LiDAR.

Kesan khas ini memberikan pengalaman seperti berada di Times Square ketika perayaan Tahun Baru. Apabila bola yang mengandungi konfeti meletup, ia akan tersebar dengan lebih realistik kerana telah mengimbas kawasan sekeliling secara tiga dimensi. Menerusi video yang dikongsi oleh TikTok, konfeti maya jatuh di atas sofa, lantai dan tubuh objek dunia sebenar.

Dengan ini video yang dihasilkan tidak lagi kelihatan terlalu palsu. TikTok akan memperkenalkan lebih banyak kesan khas dengan sokong LiDAR pada tahun 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd