Carian
Sekitar 100 Juta Pengguna Masih Lagi Menggunakan Windows 7
January 7, 2021 Nazrin

Pada tahun 2021, masih tiada lagi sebab mengapa mereka dengan PC tidak menggunakan sistem operasi Windows 10. Ia sentiasa dikemaskini setiap minggu, dan selang beberapa bulan, pengguna akan menerima kemaskini besar yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri baru.

Walaupun begitu, terdapat sejumlah besar pengguna yang masih lagi menggunakan sistem operasi lama, khususnya Windows 7. Menjelang penghujung tahun 2020, ia telah dianggarkan bahawa sekitar 100 juta orang pengguna PC masih lagi menggunakan sistem operasi ini.

ZDNet baru-baru ini telah menjalankan ujian untuk melihat seramai manakah orang masih lagi menggunakan sistem operasi tersebut, dan setelah penyelidikan melalui US Government Digital Analytics Program, mereka mendapati bahawa daripada 8.5 peratus daripada pengguna PC masih lagi menggunakan sistem operasi Windows 7 pada penghujung tahun 2020.

Apabila dibandingkan dengan data pada penghujung tahun 2019, ia nampaknya masih lagi bermakna bahawa sekitar 100 juta orang masih lagi sedang menggunakan sistem operasi lama tersebut, walaupun secara rasminya, sokongan untuk sistem operasi itu telah ditamatkan pada awal tahun 2020.

Laporan daripada satu lagi pihak penganalisa, iaitu NetMarketShare juga memperlihatkan jumlah penggunan Windows 7 yang hampir sama. Ini cukup menarik kerana walaupun jumlah pengguna Windows 10 jauh melangkaui Windows 7, 100 juta pengguna sistem operasi lama tersebut bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Pengguna-pengguna ini mungkin masih lagi menggunakan sistem operasi tersebut kerana mereka menggunakan perisian legasi yang tidak disokong oleh sistem operasi yang lebih moden.

Komen