Apple Memperkenalkan AirPods Pro Edisi Tahun Lembu – Berharga RM1099

Apple Memperkenalkan AirPods Pro Edisi Tahun Lembu – Berharga RM1099

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Apple Malaysia kini telah memperkenalkan fon telinga nirwayar edisi khas mereka, iaitu AirPods Pro Ox. Ia ditawarkan bersempena dengan Tahun Baru Cina 2021, dan menyertakan sebuah emoji lembu pada kotak pengecasannya.

Disamping pada kotak pengecasan, AirPods Pro edisi khas ini juga turut membawa rekaan emoji lembu pada kotak bungkusannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan AirPods Pro edisi khas ini pada harga RM1099 melalui laman Apple Store Malaysia hari ini.


Paling Popular