Cari @ Amanz

Microsoft merupakan salah satu syarikat gergasi perkomputeran yang terkenal dengan penawaran perisian komputer, disamping turut menyediakan penawaran permainan melalui Xbox.

Apa pun, melalui laporan Bloomberg, kini ia didedahkan yang mana Microsoft pernah cuba mengambil-alih Nintendo sekitar awal 2000 – sebelum memulakan Xbox.

Microsoft dikatakan cuba membeli EA terlebih dahulu, dan selepas ditolak, Microsoft cuba mengambil-alih Nintendo.

Mengikut perancangan awal, Microsoft ingin menguruskan bahagian perkakasan dan konsol Nintendo, dan membolehkan pihak Nintendo memfokuskan kepada penghasilan permainan.

Apa pun, pihak Nintendo menolak, dan pada masa yang sama “gelak” terhadap usaha Microsoft berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd