Pelancaran Huawei Mate X2 Dikatakan Tangguh

Diterbitkan pada Jan 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Mate X adalah siri peranti boleh-lipat dari Huawei. Kini Huawei sudah mempunyai model, iaitu Mate X dan Mate Xs. Huawei dikatakan ingin melancarkan pengganti, iaitu Mate X2 pada tahun 2021.

Menurut sumber, Huawei sepatutnya melancarkan peranti ini pada bulan ini. Tetapi kini dikatakan akan ditangguhkan. Tarikh pelancaran baru atau sebarang butiran lain mengenai peranti ini masih tidak diketahui. November tahun lepas, imej sebenar peranti ini telah tertiris yang dikatakan mungkin menggunakan rekaan seakan Galaxy Fold – iaitu lipat ke dalam.

Huawei mengalami pelbagai masalah disebabkan sekatan dari Amerika Syarikat seperti cip pemprosesan yang terhad dan juga bekalan panel skrin yang terhad. Mungkin disebabkan itu peranti ini tunda atau mungkin Huawei ingin lancarkan peranti ini dengan Harmony OS yang sudah stabil? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami