Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 11 adalah peranti mercu pertama Xiaomi untuk tahun 2021, yang mana diperkenalkan pada tahun lepas dan pengguna hanya menerima peranti ini awal bulan Januari. Ia dijana dengan Snapdragon 888, kamera 108MP, pengecasan 120W, skrin 120Hz dan banyak lagi. Sambil ramai yang menantikan Mi 11 Pro, mereka yang poketnya sempit nantikan Mi 11 Lite.

Masih tidak banyak informasi mengenai Mi 11 Lite. Ada beberapa informasi menyatakan Mi 11 Lite akan dijana dengan Snapdragon 732G, memori 6GB RAM dengan pilihan storan 64GB atau 128GB, skrin 120Hz, bateri 4,250mAh dengan pengecasan pantas 33W dan menjalankan MIUI 12. Kamera dikatakan adalah tri-kamera 64MP + 8MP + 5MP dan mungkin dijual pada harga sekitar RM1300.

Mi 11 Lite turut dikatakan akan dijenamakan semula kepada Poco F2. Poco sudah pun mengacah yang Poco F2 akan tiba tidak lama lagi. Poco F2 dikatakan adalah peranti kelas pertengahan Poco dan mungkin variasi “Pro” sahaja adalah peranti mercu. Mungkin peranti mercu nanti Poco F3 Pro, tetapi Poco F2 walaupun namanya seakan pengganti Poco F1 dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 732G juga.

Nombor model Poco F2 yang tertiris adalah K9A, yang mana mirp]ip dengan kod Mi 11 Lite iaitu M2021K9AG.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd