Realme menerusi sebuah acara pelancaran di China hari ini secara rasminya memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu Realme V15. Melaluinya, segala persoalan mengenai cip pemprosesnya kini terjawab – di mana, dakwaan mengenai penggunaan Snapdragon 888 yang tersebar sebelum ini ternyata tidak benar.
Sebaliknya, Realme V15 dilihat menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U. Untuk spesifikasi khusus, Realme V15 dilengkapi paparan berukuran 6.4-inci FHD+ dengan panel sejenis Super AMOLED. Perkakasan dalamannya dibantu oleh penawaran GPU Mali-G57, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4310mAh bersama pengecasan pantas 50W. Namun, mereka menyediakan pengecas 65W di dalam kotak.
Realme V15 dilengkapi sistem tri-kamera di belakang dengan konfigurasi 64-Megapixel untuk sensor utama. Sementara, kamera swafoto pula adalah sebesar 16-Megapixel. Realme V15 dijual pada harga RMB1,499 (~RM932) untuk versi 6GB +128GB, sementara versi 8GB +128GB pula berharga RMB1,999 (~RM1,243) untuk seunit.