Xiaomi Mi 11 baru sahaja dilancarkan di China minggu lalu dengan cip Snapdragon 888 yang cukup berkuasa. Seperti biasa apabila ada sahaja peranti Xiaomi dilancarkan di China, ramai menantikan pelancarannya di Malaysia pula. Terkini laman Nextrift menemui peranti M2011K2G telah melepasi SIRIM dua hari lalu.

M2011K2G ialah nombor model untuk Xiaomi Mi 11. Dengan ia telah melepasi SIRIM, maka bolehlah diramalkan peranti ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Xiaomi Mi 11 hadir dengan skrin 6.81-inci AMOLED 120Hz. dijana cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri 4600 mAh yang menyokong pengecasan 55W.
Untuk rakaman gambar, Xiaomi menyertakan sensor utama 108-megapixel di belakang, yang turut menyertakan sokongan OIS bersama dengannya. Melengkapkan ia juga adalah sensor kedua 13-megapixel ultra-lebar. Sensor ketiga adalah sensor makro, 5-megapixel. Keunikan lain ialah sistem audio stereo Harman Kardon dan pengimbas nadi yang terletak bawah skrin.