Spesifikasi MSI GF65 Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Tertiris
MSI

Spesifikasi MSI GF65 Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

MSI bakal memperlihatkan siri komputer riba gaming dan produktiviti terbaru mereka di acara CES 2021 yang akan dijalankan pada minggu hadapan.

Terkini, nampaknya butiran khusus mengenai spesifikasi salah satu komputer riba mereka, MSI GF 65 Thin telahpun tertiris, dan ia nampaknya akan dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA yang terbaru.

MSI GF65 Thin

MSI GF65 Thin ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz dan juga sokongan gamut warna NTSC serendah 45 peratus sahaja.

Dari segi spesifikasi dalaman yang lain, komputer riba ini masih akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-10 Comet Lake sehingga Intel Core i7-10750H, memori DDR4, storan SSD dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan 6GB memori GDDR6.

Setakat ini, butiran yang masih belum diketahui ialah pilihan memori dan storan, dan juga tanda harga komputer riba ini apabila ia dilancarkan.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa MSI akan mengemaskini komputer riba ini dengan cip pemprosesan Tiger Lake-H apabila ia tiba di pasaran kelak, tetapi ia masih tidak disahkan lagi setakat ini.


Paling Popular