Elon Musk Hampir Mengatasi Jeff Bezos Untuk Menjadi Manusia Terkaya Di Dunia

Diterbitkan pada Jan 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk, pengasas disebalik syarikat kereta elektrik Tesla, dan juga SpaceX yang memfokuskan eksplorasi angkasa, kini dilihat semakin menghampiri takhta manusia terkaya di dunia.

Melalui peningkatan saham semalam, ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 2.8% untuk Tesla, sekaligus meningkatkan lagi nilai kekayaan Elon Musk.

Melalui data pemantauaan Bloomberg, kini beza kekayaan antara Jeff Bezos dan juga Elon Musk adalah sekitar $3 bilion sahaja.

Sekiranya saham Tesla terus meningkat pada hari ini, ia akan memperlihatkan Elon Musk mengatasi Jeff Bezos sebagai manusia terkaya dunia.

Menariknya juga, Tesla memperlihatkan peningkatan harga saham yang drastik pada 2020 lepas, sekaligus menjadikan nilai kekayaan Elon Musk meningkat lebih $150 bilion dalam tempoh 12 bulan lepas – menjadikan beliau antara yang meningkatkan kadar kekayaan dengan pantas dalam sejarah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami