Cari @ Amanz

Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka akan membuka pra-tempahan kelompok kedua untuk PlayStation 5 secara rasminya bermula 8 Januari 2021 kelak.

Untuk pra-tempahan kelompok kedua ini, Sony akan membuka pra-tempahan melalui kedai fizikal mereka di Sony Store KLCC dan juga Sony Store The Curve – antara 10 pagi ke 10 malam.

Seperti semua sedia maklum, PlayStation 5 ditawarkan dalam dua variasi – iaitu PS5 Edisi Digital pada harga RM1869, dan juga PS5 dengan Ultra HD Blu-ray pada harga RM2299.

Bagi anda yang berminat, tidak perlu membayar mahal untuk mendapatkan konsol ini daripada pihak ketiga, dan boleh lakukan pra-tempahan esok pada harga rasmi Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd