Samsung Galaxy Chromebook 2 Dilengkapi Paparan QLED Untuk Jangkahayat Bateri Lebih Panjang

Samsung Galaxy Chromebook 2 Dilengkapi Paparan QLED Untuk Jangkahayat Bateri Lebih Panjang

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Selain daripada memperkenalkan sejumlah televisyen 4K dan 8K, Samsung turut memperlihatkan model Chromebook terbaru mereka yang dinamakan Samsung Galaxy Chromebook 2.

Model Chromebook terbaru ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti tahun lepas, tetapi juga mempunyai beberapa kemaskini baru yang membuatkannya sebuah peranti yang lebih diingini pengguna.

Galaxy Chromebook ini dilengkapi dengan paparan skrin QLED bersaiz 13.3 inci dengan resolusi Full HD. Penggunaan paparan QLED ini dijangka memberikan peranti Galaxy Chromebook 2 ini jangkahayat bateri yang lebih lama berbanding dengan model Samsung Galaxy Chromebook sebelum ini yang menggunakan panel OLED 14 inci dengan resolusi 4K.

Ia juga dikuasakan oleh pilihan CPU sehingga Intel Core i3-10110U, dan pilihan memori DDR4 sehingga 8GB dan juga storan SSD sehingga 256GB.

Dari segi pilihan I/O pula, komputer riba ini dilengkapi dua port USB Type-C dan satu pembaca kad microSD bersama-sama dengan port audio 3.5mm.

Menurut Samsung, rangka Galaxy Chromebook 2 ini diperbuat daripada aluminum, dan adalah seringan 1.2kg sahaja. Selain daripada itu, nampaknya pembesar suara komputer riba ini telahpun dinaiktarafkan untuk kualiti yang lebih tinggi, tetapi masih lagi menggunakan kamera web pandang hadapan yang mempunyai resolusi 720p seperti model sebelum ini.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkan komputer riba Samsung Galaxy Chromebook 2 ini, tetapi tanda harga dua daripada modelnya, yang dikuasakan Intel Celeron 5205U dan Intel Cor i3-10110U sudahpun diperlihatkan pada $549.99 dan $69.99.



Paling Popular