Carian
Elon Musk Kini Menjadi Manusia Terkaya Di Dunia – Melangkaui Jeff Bezos
January 8, 2021 Aman

Dengan harga saham Tesla yang meningkat secara drastik, kini Elon Musk yang telah melangkaui nilai kekayaan Jeff Bezos, sekaligus menjadikan Elon Musk sebagai manusia terkaya di dunia buat masa ini.

Dengan peningkatan harga saham Tesla, kini Elon Musk mempunyai nilai kekayaan sekitar $188 bilion – mengatasi nilai Jeff Bezos sekitar $187 bilion.

Kekayaan Elon Musk dilihat meningkat mendadak sejak 2020 ini, memperlihatkan peningkatan melangkaui $150 bilion hanya dalam masa setahun. Elon Musk sebelum ini telah melangkaui nilai kekayaan Bill Gates pada bulan November lepas, dan kini telah melangkaui Jeff Bezos.

Komen