Carian
Lenovo Tab P11 Diperkenalkan – Tablet Android Snapdragon 662 Yang Menyokong Pelbagai Aksesori Produktiviti
January 8, 2021 Fahim Zahar

Untuk acara CES 2021, Lenovo telah melancarkan satu tablet Android baharu yang memfokuskan produktiviti. Lenovo Tab P11 adalah tablet kelas pertengahan, tetapi menyokong banyak aksesori yang akan memudahkan lagi tugasan harian seseorang.

Spesifikasi

Skrin11-inci 2000 x 1200
IPS LCD
Cip PemprosesanQualcomm Snapdragon 662
Memori/Storan4/6 GB LPDDR4
64/128 GB + microSD 256GB
Storan luaran exFAT mencapai 1TB
Kamera13MP belakang, 8MP swafoto
Bateri7000mAh
20W Pengecasan berwayar
SambunganLTE, WiFi 6, Bluetooth 5.1, USB-C 2.0, 3.5mm audio
Sistem OperasiAndroid 10
WarnaSlate/Platinum
Harga$229.99, sekitar RM930

Skrin adalah 11-inci dengan resolusi 2000×1200 dari panel IPS LCD, sistem pembesar suara Dolby Atmos dan dijana cip Snapdragon 662. Kecerahan skrin adalah 400nit, dan mempunyai ketahanan bateri selama 15 jam. Dalam pakej belian, papan kekunci telah disediakan bersama-sama dengan stilus Precise 2. Papan kekunci ini mempunyai pad sesentuh terbina, stilus boleh dicas melalui USB-C dan mempunyai ketahanan selama 200 kali penggunaan.

 Lenovo Smart Charging Station 2 dan Folio Case turut dijual untuk produktiviti tambahan. Memori adalah 4GB atau 6GB dengan storan dalaman 64GB atau 128GB yang boleh ditambah melalui microSD sehingga 256GB. Storan luaran seperti cakera keras turut disokong dengan syarat format adalah exFAT dan maksima 1TB sahaja. Kamera turut terbina bagi mudah untuk penggunaan telesidang, WiFi 6 turut disokong untuk sambungan lebih stabil.

Harga jualan disenaraikan adalah $229.99, iaitu sekitar RM930 sahaja. Buat masa ini dijual di Amerika Syarikat.

Komen