Sensor Soli Pada Peranti Berhubung Google Akan Datang Dikatakan Untuk Memantau Tidur Pengguna

Diterbitkan pada Jan 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lepas, Google dilaporkan akan hadir denagn peranti berhubung baru yang mempunyai sensor Soli. Soli sudah pun digunakan pada termostat Nest mereka yang terkini, apakah pula peranti berhubung dengan Soli yang akan Google tawarkan? Ada yang menhyatakan ia mungkin untuk produk kamera dan ada pula yang katakan ia mungkin untuk produk seperti Google Nest Hub.

Soli adalah sensor radar yang boleh mengesan pergerakan. Ia diperkenalkan apda Pixel 4, tetapi dihentikan penggunaan pada Pixel 5. Google ada nyatakan yang mereka akan teruskan penggunaan Soli ini di masa hadapan. Laporan 9to5Google menyatakan yang produk peranti berhubung Google baru dengan Soli ini adalah untuk menjejak tidur pengguna. Persoalannya, bagaimanakah ia akan berfungsi?

Tidak semua orang letakkan peranti berhubung mereka di sebelah katil dan setiap orang corak tidur adalah berbeza. Ada yang tidur lena yang badannya senyap dan tegak, ada yang lasak dan ada pula yang mengiring. Setakat ini, penggunaan sensor Soli adalah untuk dari jarak dekat sahaja. Jadi tidak pasti bagaimana ia akan berfungsi. Mungkin Google ada kejutan untuk pengguna kelak? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami