Telekom Melalui Unifi Mobile Akan Menawarkan Pakej Data Khas SPM/STPM Bermula 11 Januari

Telekom Melalui Unifi Mobile Akan Menawarkan Pakej Data Khas SPM/STPM Bermula 11 Januari

Diterbitkan pada Jan 8, 2021 oleh .

Minggu ini menyaksikan sejumlah syarikat telekomunikasi, termasuk Celcom, Maxis, U Mobile dan Digi mengumumkan penawaran masing-masing dibawah Pakej Data Khas SPM/STPM 2021.

Melalui pakej ini, syarikat telekomunikasi menawarkan data sebanyak 15GB pada harga RM20 untuk penggunaan selama 30 hari lamanya.

Apa pun, salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang turut patut menawarkannya, tetapi masih belum menawarkan ia adalah Telekom Malaysia melalui Unifi Mobile.

Menyentuh mengenainya, SKMM kini mengatakan pakej TM untuk pelanggan mereka dijangka tersedia mulai 11 Januari 2021 kelak.

Jadi, bagi pelajar yang menggunakan talian Unifi Mobile, mungkin anda boleh nantikan sehingga 11 Januari 2021 sebelumm dapat menikmati penawaran pakej data khas SPM/STPM ini.

Sebelum ini, SKMM mengumumkan penawaran pakej data khas ini dalam mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pelajar dalam mengikuti pembelajaran secara atas-talian.


Paling Popular