Apple Dikatakan Mungkin Tidak Menaik-Taraf Lensa Kamera iPhone Sehingga 2023
Aman
Apple melalui iPhone 12 telah memperkenalkan sejumlah pembaharuan pada sokongan kamera, termasuk menggunakan elemen lensa 7P pada kamera belakang, selain menyertakan bukaan sehingga f/1.6.
Terbaru, mengikut laporan daripada penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple diperkatakan mungkin kekal menggunakan lensa kamera iPhone sedia-ada pada telefon pintar mereka, sehingga tahun 2023 kelak.
Apa pun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah implementasi kamera ini akan dikekalkan. Mengikut spekulasi, Apple dijangka memperluaskan penggunaan lensa telefoto sedia ada ke iPhone 13, selain mungkin menggunakan susunan kamera periskop pada iPhone 14 akan datang.
Buat masa ini, ia sekadar laporan daripada penganalisa sahaja. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan hal ini dalam bulan-bulan akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.