Cari @ Amanz

Dengan trend pengecas tidak disediakan di dalam kotak pembelian peranti baru, Xiaomi nampaknya mula menjual pengecas agar pengguna mempunyai lebih banyak pilihan pengecas.

Pengecas yang Xiaomi membawa masuk ini adalah pengecas pantas GaN. Saiznya adalah kecil dan kompak berbanding dengan kebanyakan pengecas 65W lain. Hanya ada satu port USB-C, menyokong piawaian Power Delivery 3.0 dan boleh mengecas peranti seperti Mi 10 Pro dari 0%-100% dalam masa 45 minit.

Menurut Xiaomi, dengan teknologi GaN – semikonduktor dalam pengecas mempunyai ketumpatan kuasa 30%. Ini membolehkan aliran tenaga lebih efisien, kurang masalah pemanasan dan membolehkan saiz pengecas 48% lebih kecil. Dengan pengecas yang berkuasa ini, pengguna bukan sahaj boleh mengecas telefon pintar tetapi turut boleh mengecas pelbagai jenis komputer riba, Nintendo Switch, iPad Air dan banyak lagi.

Harga jualan di Malaysia adalah RM119 sahaja. Setiap pembelian ini pengguna turut akan menerima satu kabel USB-C ke USB-C 5A sepanjang 1m. Bagi yang berminat, pengecas ini boleh dibeli bermula Januari di platform rasmi seperti Shopee atau terus ke kedai rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd