Carian
Redmi Note 9T 5G Kini Rasmi – Dijana MediaTek Dimensity 800U, Skrin 90Hz Dan Bateri 5000mAh
January 8, 2021 Amy Maizuraa

Selain pelancaran Redmi 9T, hari ini kita juga menyaksikan kemunculan rasmi untuk model Redmi Note 9T. Jika diteliti dengan baik, model ini mempunyai banyak persamaan dengan Redmi Note 9 5G yang dilancarkan di China tempoh hari.

Untuk spesifikasi, Redmi Note 9T  dilengkapi paparan 6.53-inci FHD+ dengan sokongan skrin kadar segar semula tinggi 90Hz. Melengkapi peranti ini juga adalah sokongan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U (7nm), memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB UFS 2.2 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W yang disertakan di dalam kotak. Menerusi sistem kawalan bateri Xiaomi, bateri peranti boleh beroperasi pada tahun optimum sehingga tiga tahun.

Konfigurasi kameranya terdiri dengan sistem tri-kamera di belakang dengan konfigurasi 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro). Sementara, kamera swafoto pula adalah sebesar 13-Megapixel. Kamera diletakkan di dalam bonggol kamera berbentuk bulat yang diberikan nama Halo Ring.

Spesifikasi lain pula terdiri dengan sokongan pemancar infra mera pada bahagian atas, radio FM, pengimbas cap jari sisi, dwi-SIM 5G, NFC, Android 10 dan port pengecasan USB-C. Menarik juga bicu audio 3.5mm juga masih disertakan bagi mereka yang masih memerlukan sambungan audio berwayar serta pembesar suara stereo.

Panel belakangnya pula diperbuat daripada bahan plastik bertekstur bagi mengurangkan cap jari dan terdapat sokongan kalis percikan air. Skrin hadapan pula menggunakan panel Corning Gorilla Glass 5.

Redmi Note 9T ditawarkan dalam dua pilihan warna Nightfall Black dan Daybreak Purple pada harga bermula 229 (~RM1131) untuk model 4/64GB dan 269 (~RM1329) untuk model 4/128GB.

Komen