Carian
Cara Melanggan Pakej Khusus Pelajar SPM/SPTM Dari Syarikat Telekomunikasi
January 8, 2021 Amy Maizuraa

Kita sudah sedia maklum mengenai penawaran pakej data khas SPM/STPM 2021 – di mana, melaluinya kerajaan dikatakan telah bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi bagi menyediakan kemudahan Internet lebih baik kepada calon-calon yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh Malaysia.

Pelajar Sekolah

Antara syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian adalah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM). Terma dan syarat untuk langganan, ia terbuka kepada pelajar SPM dan STPM yang lahir di antara tahun 2001 sehingga 2004 (berdasarkan kad pengenalan). Kesemua syarikat telekomunikasi ini hadir dengan penawaran yang sama – iaitu data Internet sebanyak 15GB yang boleh dilanggan pada harga hanya RM20/bulan.

Untuk pakej daripada Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah pun mula ditawarkan sejak 6 Januari yang lalu. Tetapi, sedikit berbeza untuk penawaran daripada TM yang dikatakan bakal tersedia bermula 11 Januari 2021. Bagaimanapun, pakej data daripada kesemua 5 syarikat ini sah diguna pakai sehingga 30 April 2021.

Turut difahamkan, mana-mana pelajar yang mempunyai kuota data tersedia dalam pelan prabayar. Kemudiannya, melanggan pakej ini. Mereka akan menerima 15GB kuota data tambahan. Selain itu, mana-mana pelajar yang melanggan pakej ini pada hari terakhir iaitu 30 April 2021. Data yang dilanggan tersebut sah digunakan sehingga 30 Mei 2021. Kemudiannya, pakej dan kuota data tersebut akan luput.


Bagaimana Untuk Melanggan?

Celcom

Celcom STPM

Pihak Celcom memaklumkan setiap langganan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi SMS. Seterusnya pelajar hanya perlu ikuti arahan langganan pas Internet melalui aplikasi Celcom Life. Meskipun begitu, pelanggan baru dikatakan perlu menunggu sehingga 4 hari bekerja untuk menerima SMS. Mana-mana baki data yang tidak dihabiskan dalam tempoh 30 hari untuk setiap langganan – ia akan diluputkan selepas tamat tempoh langganan bulanan. Bagi memudahkan semua, langkah adalah seperti berikut :

Untuk pelanggan baru :

  • Langkah 1 – Pembelian pek permulaan boleh dibeli menerusi kedai atas talian Celcom, kedai Bluecube atau mana-mana pengedar sah Celcom.
  • Langkah 2 – Aktifkan pek permulaan tersebut untuk membolehkan langganan dibuat.
  • Langkah 3 – Tunggu pemberitahuan berkaitan pakej ini daripada pihak Celcom. Pemberitahuan ini akan diterima menerusi SMS dalam tempoh empat hari bekerja selepas pengaktifan berjaya.

Untuk pelanggan sedia ada :

  • Langkah 1 – Penawaran mengenai pakej akan dimaklumkan secara terus menerusi SMS.
  • Langkah 2 – Log masuk ke aplikasi Celcom Life
  • Langkah 3 – Langgan data Internet ini menerusi pautan ‘Deals’
  • Langkah 4 – Proses langganan yang berjaya akan menerima pemberitahuan daripada pihak Celcom menerusi SMS.
  • Rujukan lebih lanjut layari : Celcom

Digi

Seterusnya adalah Digi. Pakej ini terbuka kepada semua pelanggan prabayar Digi – KECUALI pengguna daripada pelan ABADI, Digi Monthly Plan 28 dan juga Digi monthly Plan 50. Bagi pengguna baharu, anda lebih disarankan untuk membeli pelan prabayar Digi NEXT secara terus untuk melayakkan langganan pakej ini. Ia boleh dibeli menerusi kedai atas talian Digi dan juga kioks di seluruh Malaysia. Pengguna yang layak untuk pakej ini boleh membuat langgan menerusi dua cara berbeza. Berikut adalah senarai cara untuk langganan berserta langkah lengkap yang boleh dibuat :

Menerusi Aplikasi MyDigi :

  • Langkah 1 – Cari tawaran ini menerusi tab ‘Internet’ yang terdapat pada halaman ‘Add On’ di aplikasi MyDigi. Kemudian, klik padanya untuk meneruskan proses langganan.
  • Langkah 2 – Klik butang ‘Confirm’ untuk lengkapkan proses langganan.
  • Langkah 3 – Jika langganan anda berjaya, anda akan dapat melihat ringkasan mengenai pakej pembelian pada halaman aplikasi. Secara tidak langsung, melaluinya juga anda boleh memantau setiap penggunaan data.

Menerusi Kod UMB (Bukan pengguna aplikasi MyDigi) :

A) Untuk pengguna pelan Digi prabayar NEXT :

  • Cara 1 – Dail kod *128#, kemudian pilih ‘Truly High Speed Internet Plans’.
  • Cara 2 – Dail kod *128*2#, kemudian pilih ‘Monthly Internet’.
  • Cara 3 – Dail kod *128*2*1#, kemudian pilih ‘Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 RM20 for 15GB’.

B) Untuk pengguna pelan Digi lain (hanya pelanggan sedia ada) :

  • Cara 1 – Dail kod *128#, kemudian pilih ‘Internet’.
  • Cara 2 – Dail kod *128*3#, kemudian pilih ‘Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 (One Time)’.
  • Cara 3 – Dail kod *128*3*5#, kemudian pilih ‘Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 RM20 for 15GB’.
  • Rujukan lebih lanjut layari : Digi


3) Maxis (Hotlink)

Untuk pelanggan Hotlink pula, langganan boleh dibuat aplikasi Hotlink. Ia boleh dijumpai pada laman utama aplikasi. Menurut pihak Maxis, mana-mana data langganan jam/harian/mingguan yang telah dilanggan bersama-sama pakej khusus ini. Kuota yang mempunyai tempoh tamat lebih awal akan digunakan terlebih dahulu. Tetapi berbeza pula dengan pelanggan pelan Hotlink Prepaid Unlimited – di mana data daripada pelan khusus akan digunakan terlebih dahulu.

Nota kaki : **Bagaimanapun, pihak kami masih tidak lagi menjumpai sebarang pemberitahuan mengenai pakej ini menerusi aplikasi Hotlink. Masih tidak diketahui sama ada ia mungkin mengikut umur atau sebaliknya.

  • Rujukan lebih lanjut layari : Hotlink


4) U Mobile

U Mobile menerusi laman FAQ memaklumkan bahawa data ini boleh digunakan untuk SEMUA penggunaan pada telefon pintar (contoh : untuk menghadiri kelas dalam talian, melayari laman web pendidikan, melayari laman web dan rangkaian sosial dan juga penstriman video/muzik).

Pengguna juga dibenarkan untuk berkongsi data dengan peranti lain menerusi hotspot mudah alih. Pemberitahuan mengenai status langganan yang berjaya / tidak – akan dimaklumkan menerusi SMS dalam tempoh dua (2) hari masa bekerja sebelum pembaharuan secara automatik dilakukan. Langganan boleh dibuat menerusi dua cara berbeza iaitu :

1) Menerusi aplikasi MyUMobile

  • Langkah 1 – Muat turun aplikasi MyUmobile menerusi Google Play, App Store atau AppGallery.
  • Langkah 2 – Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu, kemudian pilih ‘Adds-On’.
  • Langkah 3 – Pilih ‘Pakej Data SPM/STPM’ & sahkan pembelian anda.

2) Menerusi kod UMB

  • Langkah 1 – Dail kod 118*3*12#.
  • Langkah 2 – Sahkan pembelian anda.

Nota kaki :**Dalam perkembangan berbeza, UMobile turut hadir dengan penawaran data tambahan sebanyak 10GB untuk dua minggu dengan hanya RM5 sahaja. Data ini boleh dilanggan melalui aplikasi MyUMobile.

  • Rujukan lebih lanjut layari : U Mobile


5) Telekom Malaysia (TM)

Tidak seperti syarikat telekomunikasi yang lain, penawaran untuk Telekom Malaysia (TM) menerusi Unifi dilihat sedikit lewat. Di mana, pakej khusus ini akan ditawarkan bermula minggu hadapan iaitu 11 Januari 2021. Semakan kami menerusi pautan yang disertakan pada FAQ oleh MCMC, tiada sebarang butiran lanjut mengenai cara langganan. Tetapi, artikel ini akan dikemaskini semula selepas pakej ini mula ditawarkan kepada umum kelak.

Komen