Carian
Samsung Dijangka Memperkenalkan Sensor Kamera 200MP Pada Tahun Ini
January 10, 2021 Aman

Samsung sedia mempunyai pengeluaran sensor ISOCELL tersendiri yang digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih. Sebelum ini, mereka sedia memperkenalkan sensor 108MP yang digunakan pada telefon keluaran Samsung, mahupun Xiaomi dan beberapa yang lain.

Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Samsung mungkin memperkenalkan sensor 200MP pada tahun 2021 ini.

Bersama-sama dengannya, Samsung turut dijangka menyertakan beberapa inovasi baru, termasuk pengoptimasian rakaman, serta beberapa yang lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut, dan lihat peranti manakah yang akan menjadi telefon pertama dijana sensor 200MP ini.

Komen