Lenovo ThinkReality A3 Adalah Kaca Mata Realiti Terimbuh Untuk Pengguna Perusahaan

Lenovo ThinkReality A3 Adalah Kaca Mata Realiti Terimbuh Untuk Pengguna Perusahaan

Diterbitkan pada Jan 11, 2021 oleh .

Kaca mata AR atau kaca mata realiti terimbuh adalah teknologi yang menjadi fokus kepada banyak syarikat. Apple ingin hadir dengan produk sebegini, Facebook dengan fokus melalui Oculus dan banyak lagi. Terkini, Lenovo telah memperlihatkan Lenovo ThinkReality A3. Ia adalah kaca mata realiti terimbuh untuk pengguna perusahaan.

Kaca mata ini tidak akan dijual kepada pengguna biasa, sebaliknya akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang memerlukannya. Ia hadir dengan sistem ThinkReality yang mempunyai pejabat maya atau bantuan kawalan dari jarak jauh. Kaca mata ini menjadikan seseorang pekerja lebih hebat, efisien dan produktif. Ia dijana dengan cip Snapdragon XR1, paparan 1080p yang boleh memaparkan lima paparan maya, kamera RGB 8MP denganr resolusi 1080p, dwi-kamera fish-eye untuk imbasan ruang serta menggunakan kabel USB-C untuk berfungsi dengan penggunaan melalui komputer atau peranti Motorola terpilih.

Kaca mata ini turut boleh menggunakan perisian dari Windows agar penggunaan adalah lebih meluas. Lenovo menyasarkan kaca mata ini untuk penggunaan dalam industri kewangan, arkitek dan kejuruteraan. Ia lebih sesuai digunakan di kawasan kerja yang sempit. Lenovo turut memperkenalkan edisi Industrial Edition, yang mana penggunaannya adalah lebih spesifik dalam membuat keputusan dalam hal-hal yang sukar seperti di kilang, makmal, perniagaan dan banyak lagi.

Disebabkan ini adalah ThinkPad, kaca mata ini turut tahan lasak untik penggunaan yang ekstrem. Tetapi ia akan ditawarkan dalam bentuk aksesori. Unit asal menurut Lenovo akan mempunyai keselesaan seakan memakai kaca mata hitam biasa. Lenovo ThinkReality A3 tidak dijual lagi dan hanya akan ditawarkan pada bulan pertengahan bulan Mei.



Paling Popular