(Ura-Ura) iPhone SE 2021 Dan AirPods Pro 2 Akan Dilancarkan April Ini

Diterbitkan pada Jan 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah hampir dua tahun AirPods Pro dilancarkan dan iPhone SE 2021 pula hampir setahun jagung di pasaran. Tetapi berita mengenai pelancaran peranti gantian kedua-duanya mula dilaporkan oleh MacOtakara. Laman yang banyak meniriskan maklumat sahih ini mengatakan kedua-duanya akan mula dijual April hadapan.

Kemungkinan AirPods Pro akan dilancarkan serentak dengan AirPods versi ketiga yang tidak mempunyai sokongan ANC. Tetapi kami masih tidak yakin iPhone SE 2021 akan dilancarkan tahun ini kerana iPhone 12 Mini dengan saiz setara baru dipasarkan. Tambahan lagi jualan iPhone 12 Mini dilaporkan paling rendah berbanding empat model iPhone 12 tahun lalu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami