Carian
Sebuah Lagi Peranti Misteri Vivo Kini Disenaraikan Pada Laman Geekbench
January 11, 2021 Amy Maizuraa

Sebuah lagi peranti pintar misteri daripada Vivo ditemui di laman Geekbench. Peranti yang muncul dengan kod nama vivo V2035 tersebut turut telah disenaraikan di laman FCC Amerika Syarikat. Seperti biasa, penyenaraian semestinya memperlihatkan sejumlah spesifikasi pada peranti pintar.

Melaluinya, kita boleh lihat ia dipercayai hadir dengan memori 8GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 11. Ia juga dilihat menggunakan cip dengan kod nama ‘bengal’ – yang dikatakan berkait dengan cip Snapdragon 662 atau Snapdragon 460. Tiada sebarang spesifikasi lain yang ditemui, namun FCC telah mendedahkan ianya hadir dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang ditemui. Peranti ini nampaknya masih kekal rahsia kerana info lanjut termasuk berkaitan nama model juga masih tidak diketahui. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi

Komen