Carian
NVIDIA Mengacahkan Kad Grafik RTX 3000 Untuk Komputer Riba Pada Acara 12 Januari Mereka
January 11, 2021 Nazrin

Beberapa bulan yang lalu, NVIDIA telah melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3000 yang menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere yang jauh lebih berkuasa berbanding dengan kad grafik siri RTX 2000.

Hanya 1-2 hari sebelum acara tersebut, NVIDIA telah mengeluarkan video acah yang memperlihatkan apakah yang akan diperlihatkan sewaktu acara tersebut, iaitu kad grafik khusus untuk komputer-komputer riba gaming.

Sebelum ini, beberapa syarikat telahpun meniriskan secara tidak sengaja penawaran kad grafik untuk komputer riba gaming, yang hadir dari NVIDIA GeForce RTX 3060 sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 3080 Max-Q.

NVIDIA dijangka akan melancarkan kad-kad grafik untuk komputer riba ini, dan kita nampaknya akan mula melihat komputer-komputer riba gaming dengan cip pemprosesan grafik ini tidak lama lagi.

Komen