Cari @ Amanz

Lenovo ialah sebuah jenama yang cukup dikenali untuk rekaan komputer dan komputer riba yang hadir dengan rekaan unik dan juga komponen-komponen yang berkuasa.

Di acara CES 2021, Lenovo telah mengemaskini siri komputer riba Yoga Slim 7i Pro mereka dengan komponen-komponen dalaman dan luaran yang baru.

Ia masih lagi mengekalkan rekaan 14 incinya, tetapi menggunakan panel OLED berbanding dengan IPS yang diperkenalkan dahulu. Ia hadir dengan resolusi 2.8K ataupun 2880×1800 dengan nisbah paparan 16:10 yang lebih tinggi. Ia juga mempunyai kadar segar semula 90Hz.

Bukan itu sahaja, paparan skrin Yoga Slim 7i Pro terbaru ini hadir dengan sokongan untuk gamut warna DCI-P3 setinggi 100 peratus dan 125 peratus sRGB yang sangat berpadanan dengan mereka yang mementingkan kejituan warna.

Ia juga mempunyai sokongan untuk HDR bagi mereka yang gemar menonton siri televisyen dan filem dari platform yang menyokongnya.

Yoga Slim 7i Pro baru ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-11 Tiger Lake sehingga Intel Core i7, dan penggunaan memori DDR4 dan juga SSD NVMe PCIe.

Ia juga hadir dengan pilihan untuk cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce MX450 untuk tujuan menyunting video ataupun bermain permainan video yang tidak memerlukan kuasa grafik yang tinggi.

Ia masih tidak diketahui bilakah Lenovo akan mula menjual komputer riba ini, dan juga tanda harganya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd